Terima kasih juga saya ucapkan kepada Warga Kerja JKM Kluang kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk bersama dengan KKM untuk mengendalikan 2 kawasan PKPD di Simpang Renggam. Malah menguruskan juga Pusat Penempatan Sementara dalam menghadapi banjir semasa tempoh PKPB.

Pada masa yang sama, saya bersama dengan JKM Kluang telah menyerahkan sumbangan kepada beberapa orang yang memerlukan bantuan. menziarahi Pakcik Said seorang warga emas yang tinggal berseorangan dan Keempat Puan Aminah yang mengalami masalah pendengaran tinggal bersama cucunya yang OKU. Semoga mereka ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah.

#perintahkawalanpergerakanbersyarat
#keluargaMakmurJohor