PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA SEPULUH PORTFOLIO YANG DIWUJUDKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR JOHOR, DATUK HAJI HASNI BIN MOHAMAD SELEPAS BELIAU DILANTIK MENJADI MENTERI BESAR JOHOR YANG KE-18 PADA 8 MAC 2020 YANG LALU.

PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MEMPUNYAI 7 AGENSI DI BAWAH PENTADBIRANNYA, IAITU :

  1. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI)
  2. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR (JKM)
  3. JABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI JOHOR
  4. JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI JOHOR
  5. YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM (YPKDT)
  6. LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) NEGERI JOHOR
  7. PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KEBAJIKAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

VISI
MENJADI SANDARAN UTAMA KEPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR DALAM MENCAPAI KESAKSAMAAN GENDER, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT YANG MAKMUR SELARAS DENGAN KEMAJUAN NEGERI JOHOR

MISI
MEMARTABATKAN PENGLIBATAN KAUM WANITA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI JOHOR DAN MASYARAKAT PELBAGAI PERINGKAT DALAM ARUS KEMAJUAN EKONOMI SERTA MEMPERKUKUHKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN KE ARAH KELUARGA SAKINAH DAN SEJAHTERA

MATLAMAT
MENGUPAYAKAN KEPELBAGAIAN MASYARAKAT MENYUMBANG TENAGA, IDEA DAN BUAH FIKIRAN DALAM MEMAKMURKAN NEGERI JOHOR KE ARAH SEBUAH NEGERI YANG SEJAHTERA SEIRING DENGAN KEMAJUAN EKONOMINYA